Malam tadi saya mengajar anak membaca. Teacher nya kata naureen masih kurang dalam bacaan bahasa inggeris. Dalam kelas, naureen mmg pandai .. melukis berbakat... menulis cantik tulisannya, pengenalan nombor sudah mahir ... independant katanya... cuma reading kurang sekiranya dibanding dgn rakan rakan yg lain. Katanya lagi, rakan Naureen bernama Kaseh sudah pandai membaca..dalam bahasa inggeris. Sebutan pun betul.
Jadi emaknya malam sudah nekad supaya naureen mahir membaca dalam bahasa inggeris. Oh mmg speaking in english sudah fasih ...70% lah .. ada setengahnya dicampur aduk dgn bahasa melayu. Tetapi Reading masih kurang... to me .. I would rate her as less than 40%. Mula jam 8.00 pm tadi, Naureen pun ambil QDees Reading Book Number 1, mula mula penambahan vocabulary .. mengeja cat, hat dan mat .. kemudian mula membaca ...
Who is this
This is Ritty
Who is this
I am Ritty
Who is this
This is Alzy
Who is this
I am Alzy
Who is this
I am Naureen
Who is this
This is Whizzy
Who is this
This is Bubbly
Perkataan di atas di baca berulang ulang .. sehingga Naureen boleh kenal ... sebutan. Inilah caranya belajar bahasa inggeris.
Kalau Bahasa Melayu ... naureen sudah mahir dua suku kata .. tapi sukar mengingat suku kata pertama ...
sudah tahu mengeja .. GIGI, MATA, BUBU, MEJA, DADU, SUDU, PIPI, MAMA, ATUK, API, IKAN, SAYA, DADA .. kena selalu diulang supaya tidak lupa.
Kami ajar secara tradisional .. old school .. formula baru membaca pada kami (emak, anim and myself) rasakan tidak berkesan. Pelajar patut mengenal huruf terdahulu kemudian sebutan.. Zaman sekarang terbalik..itu yg terjadi masih ramai yang masuk Darjah satu tetapi tidak tahu membaca...
My target - end of 2010- naureen perlu mahir membaca dalam bahasa melayu.. end of 2011- mahir membaca dalam bahasa inggeris.
Sekolah ... nak hantar naureen ke sekolah mana? Abah kata .. boleh daftar dah .. sebab dah 5 tahun...
Emak sarankan hantar IIS ... abah tak kisah .. janji belajar agama. Saya pula suka SRK Taman Setiawangsa yang merupakan sekolah contoh Zon KL...ttp malas la pula nak hantar sekolah agama pula .. membebankan anak... Jadi saya mungkin ingin cuba masukkan Naureen ke Sekolah Al Amin di Gombak. Saya tanya rakan ... mereka kata nak masuk Darjah 1 di Al Amin bukan senang. Ada saringan ... pelajar perlu ambil ujian .. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Iqra dan Jawi. Selalunya daripada 200 penyertaan .. hanya separuh yang dapat masuk kerana kelas yg dibuka hanya 3. Mereka amat menjaga kualiti pelajar dan mengambil yang bagus sahaja. Saya termenung kejap... Naureen Insyaalahh .. bahasa tu OK. Hmm .. jawi baru belajar sampai Kho ... Iqra belum lagi .. baru belajar baca doa.
Ini belum lagi abah tanya bila nak masukkan Naureen ke kelas mengaji.... Aduhhh pening .. peninggg....
zaman sekarang tak macam dulu ... semua nak kena advance .. kasihan pula pada naureen.. kalau tak dibuat nanti ketinggalan.... aduhhh aduhhh
No comments:
Post a Comment