Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf dipinta .. sekiranya ada salah dan silap.. halalkan makan dan minum kami sekeluarga. Insyallah kami sekeluarga akan beraya di KL sahaja. Mungkin tahun depan kami akan beraya di Kerala sekali lagi bersama keluarga di sana … persiapan dibuat ala kadar sahaja .. tak bermewah mewah nanti membazir pula. Selalunya kami akan beraya di rumah dulu and because emak is the eldest sister, her siblings will come to our house. Seronok la Naureen dapat duit raya dari nenek dan makcik dan pakciknya. Kemudian kami akan beraya ke rumah Maksu di setiawangsa and then to Aunty Bibah .. di Cheras. Mungkin kami akan ke Putrajaya .. menziarah Aunty Zam yang masih terlantar di Hospital Putrajaya…diharapkan kesihatannya bertambah pulih Insyallah. Selepas itu kami akan bergambar sakan la … studio mana ye nak pergi … kena tanya abah … maybe a week or two after Eid, kami akan adakan Aqiqah untuk Naureen. Rasa lambat sangat dah .. umur 4 bulan tapi tak laksanakan lagi aqiqah… tak elok asyik tangguh tangguh .. rezeki ada ni .. baik percepatkan .. kerling sikit pada arshad Okay lah .. nak sambung kerja .. siapkan surat menyurat kepada users .. kemudian time-off bayar bill di Taman Sri Rampai..
Lastly, kepada rakan-rakan sekalian, pandu kereta tu biar cermat .. jangan bawa laju-laju nanti padah menimpa … Selamat Bercuti dan jumpa lagi pada 10hb Oktober 05.
Wassalam
Liza aka nj
Arshad aka cricket
Naureen aka bucuk cayang